Selamat Datang ke Bicara IT

Pencarian Maklumat :

Loading...

Live TV



Tuesday, November 30, 2010

MillatFacebook: Facebook Islam Untuk Semua

Bermula 19 Mei lalu, Mahkamah Pakistan telah mengharamkan Facebook di Pakistan sehingga 31 Mei sebagai bantahan kepada satu page di Facebook iaitu “Everybody Draw Mohammed Day” atau dalam bahasa Melayunya Hari Melukis Nabi Muhammad. Aktiviti yang diadakan pada 20 Mei lalu di Facebook telah menimbulkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jika Mark Zuckerberg boleh berbangga dengan kejayaan laman sosial Facebook ciptaannya, Omer Zaheer Meer juga bakal menjejaki langkah Mark dengan penciptaan laman Facebook Islam iaitu MillatFacebook. MillatFacebook hampir menyerupai Facebook dari segi designnya, namun itu bukanlah persoalannya. Mungkin MillatFacebook ini sebagai laman sosial alternatif untuk umat Islam dan memboikot Facebook. Tidak mustahil dengan kehadiran MillatFacebook ini mampu memberi impak kepada Facebook. Sama-sama kita nantikan. Jika anda berminat, bolehlah mendaftarkan diri di MillatFacebook: http://www.millatfacebook.com.
“MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.”
MillatFacebook dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘Wall’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.
Keburukan penggunaan Facebook ialah dari segi privasi. Facebook sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, umur, tempat tinggal dan pekerjaan kepada advertisers (pengiklan-pengiklan). Facebook juga banyak meraih keuntungan melalui iklan-iklan di Facebook. Jika tidak mahu duit dilaburkan kepada pihak Yahudi, sama-sama lah kita sokong MillatFacebook yang dicipta bagi memenuhi keperluan sosial orang Islam terutamanya di Pakistan.

Facebook lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan jika disalahgunakan. Saya sendiri dah join MillatFacebook. Boleh tahan la, lebih kurang macam Facebook je. Sekarang ni, MillatFacebook sedang upgrade server kerana penggunanya kini mencecah 90,000 orang dalam masa beberapa hari je!

======================================================================
Masih ingatkan anda tentang artikel mengenai MillatFacebook di blog Oh Malaysia baru-baru ini? Rupa-rupanya impak MillatFacebook sangat besar sehinggakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tak senang duduk sekarang ni. MillatFacebook yang berubah wajah kini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Jika Mark Zuckerberg mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menyiapkan prototaip dan melancarkan Facebook, orang Pakistan hanya mengambil masa beberapa hari sebelum MillatFacebook dilancarkan secara global.
Dalam masa 11 hari, seramai 268,000 orang telah menyertai MillatFacebook berbanding hanya 3,000 orang yang menyertai Facebook pada bulan pertama dilancarkan. Pada 9 Jun 2010, ranking Alexa MillatFacebook melonjak ke tangga 21,488 untuk ranking global. Facebook pula mengambil masa selama 6 tahun untuk meraih populariti dunia.
Kesan MillatFacebook terhadap Facebook
Penggunaan Facebook meningkat sebanyak 10.24% untuk 3 bulan lepas. Selepas Facebook mempertahankan dan meneruskan “Everybody Draw Mohammed Day” dan pelancaran MillatFacebook, pengguna Facebook berkurang sebanyak 2.32% bulan lalu. Dengan peningkatan populariti MillatFacebook, pertumbuhan Facebook menurun sebanyak 0.5% dalam masa 7 hari lepas. Dijangkakan, Facebook akan kehilangan 10% pengguna atau sebanyak 40 juta orang daripada 400 juta pengguna Facebook.
Cubaan Facebook menggagalkan MillatFacebook
  • Serangan DDOS secara berterusan ke atas MillatFacebook (termasuk menggunakan IP Israel dan CIA).
  • Subversion Attacks ke atas MillatFacebook.
  • Ugutan peribadi terhadap pihak pengurusan MillatFacebook.
  • Berkomplot dengan Yahoo di mana Yahoo menghentikan penghantaran email-email yang berkaitan dengan MillatFacebook.
  • Yahoo Mail menyekat email MillatFacebook dan menyatakan “your website contain offensive content”.
MillatFacebook dalam usaha meningkatkan kelajuan pelayaran laman sosial itu dan akan berpindah ke server baru iaitu BoonEx:Dolphin, Russia. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan di Facebook dan Twitter supaya lebih ramai lagi yang beralih kepada MillatFacebook: laman sosial milik orang Islam. Kalau malas sangat, boleh ‘Like’ je.


No comments:

Post a Comment