“MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.”MillatFacebook dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘Wall’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.
Keburukan penggunaan Facebook ialah dari segi privasi. Facebook sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi pengguna seperti nama, umur, tempat tinggal dan pekerjaan kepada advertisers (pengiklan-pengiklan). Facebook juga banyak meraih keuntungan melalui iklan-iklan di Facebook. Jika tidak mahu duit dilaburkan kepada pihak Yahudi, sama-sama lah kita sokong MillatFacebook yang dicipta bagi memenuhi keperluan sosial orang Islam terutamanya di Pakistan.
Facebook lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan jika disalahgunakan. Saya sendiri dah join MillatFacebook. Boleh tahan la, lebih kurang macam Facebook je. Sekarang ni, MillatFacebook sedang upgrade server kerana penggunanya kini mencecah 90,000 orang dalam masa beberapa hari je!
Dalam masa 11 hari, seramai 268,000 orang telah menyertai MillatFacebook berbanding hanya 3,000 orang yang menyertai Facebook pada bulan pertama dilancarkan. Pada 9 Jun 2010, ranking Alexa MillatFacebook melonjak ke tangga 21,488 untuk ranking global. Facebook pula mengambil masa selama 6 tahun untuk meraih populariti dunia.
Kesan MillatFacebook terhadap Facebook
Penggunaan Facebook meningkat sebanyak 10.24% untuk 3 bulan lepas. Selepas Facebook mempertahankan dan meneruskan “Everybody Draw Mohammed Day” dan pelancaran MillatFacebook, pengguna Facebook berkurang sebanyak 2.32% bulan lalu. Dengan peningkatan populariti MillatFacebook, pertumbuhan Facebook menurun sebanyak 0.5% dalam masa 7 hari lepas. Dijangkakan, Facebook akan kehilangan 10% pengguna atau sebanyak 40 juta orang daripada 400 juta pengguna Facebook.
Cubaan Facebook menggagalkan MillatFacebook
- Serangan DDOS secara berterusan ke atas MillatFacebook (termasuk menggunakan IP Israel dan CIA).
- Subversion Attacks ke atas MillatFacebook.
- Ugutan peribadi terhadap pihak pengurusan MillatFacebook.
- Berkomplot dengan Yahoo di mana Yahoo menghentikan penghantaran email-email yang berkaitan dengan MillatFacebook.
- Yahoo Mail menyekat email MillatFacebook dan menyatakan “your website contain offensive content”.
No comments:
Post a Comment